.

Wednesday, June 8, 2011

RM 100 dan Harga Diri

Ini ada satu kisah yang boleh kita jadikan panduan. Ia berlaku ketika satu sesi motivasi. Sebelum memulakan seminar, Prof. Ibrahim mengeluarkan duit RM100 dari dompetnya. Kemudian wang itu ditayangkan kepada 50 orang pesertanya. . "Siapa nak duit ni?", tanya Prof Ibrahim. Semua peserta mengangkat tangan. Saya akan berikan duit ni kepada salah seorang daripada kamu, tapi izinkan saya membuat sesuatu dahulu."

Prof. Ibrahim meramas-ramas duit itu hingga renyuk.
Kemudian dia menunjukkan duit yang sudah renyuk itu dan bertanya :
"Ada sesiapa yang nak duit ni lagi". Hampir semua pelajarnya mengangkat tangan. Prof Ibrahim mengangguk dan mencebikkan bibir. "OK, apa kata kalau saya buat macam ni?". Duit RM100 itu dicampakkan dan ditenyeh-tenyeh dengan kasutnya. Prof Ibrahim memungutnya semula lalu diletakkan di atas meja. Wang kertas itu bukan sahaja renyuk tetapi juga kotor.

"Sekarang siapa nak duit ni?", tanya Prof. Ibrahim. Selesai dia bertanya, lebih separuh daripada jumlah pelajarnya masih mengangkat tangan. "Haa..apa yang boleh kita kutip daripada peristiwa
itu tadi?", tanya Prof. Ibrahim.

Pesertanya hanya diam, dan sesetengahnya hanya menggelengkan kepala. Mereka masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh prof Ibrahim. "Walau apa pun yang saya lakukan pada duit ni, kamu tetap mahukannya. Betul tak? Kamu tahu kenapa? Kerana nilainya tak berubah walaupun dipijak dan ditenyeh dengan kasut. RM100 tetap RM100 walaupun 10 kali dipijak," kata Prof. Ibrahim. Semua peserta yang mendengar kata-katanya hanya tersenyum.

Prof. Ibrahim mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan seharian. Sering kali di dalam hidup, setiap orang akan merasai kejatuhan, hati hancur, ataupun dihina. Hinggakan suatu ketika kita akan
merasa diri kita tidak berguna langsung.

"Tapi walau apa pun yang telah terjadi, ataupun yang akan terjadi, anda tidak akan hilang harga diri. Bersih atau kotor, renyuk atau licin, anda tetap berharga terutama pada mereka yang disayangi. Harga diri kita bukan datang daripada apa yang kita lakukan atau siapa yang kita kenal tapi siapa sebenarnya kita..." jelas prof Ibrahim.

Wednesday, May 18, 2011

Belanja RM3 juta untuk satu kontena buku

By Awang Selamat..Che Daisy ambil keratan akhbar Utusan Malaysia untuk kita kongsi bersama info yang di beri.

BEBERAPA tahun lalu, seorang lelaki kaya di Malaysia membina rumah percutian besar di sebuah tanah tinggi di Pahang.

Bagaimanapun, kerana kesibukan dan bagi memastikan kemewahan hidupnya tidak menjadi satu skandal, dia jarang sekali bercuti di rumah itu yang kawasannya disaliri jeram yang cantik. Rumah itu kini agak terbiar.

Ada seorang lelaki terkenal lain pula memilih menggunakan kekayaannya untuk jalan yang lebih bermanfaat.

Dia gemar mengumpul buku, terutama judul-judul yang berkaitan dengan sejarah negara. Tidak lama dulu, dia dikatakan membelanjakan RM3 juta untuk membeli satu kontena buku yang kemudian dimuatkan dalam perpustakaannya.

Industri buku sebenarnya sedang berdepan dengan cabaran yang amat hebat. Lelaki terkenal yang membelanjakan RM3 juta untuk membeli buku itu mungkin seorang dalam 100 juta manusia. Yang ramai ialah kategori orang kaya pertama, yang mungkin mengutamakan rumah besar lebih daripada kekayaan ilmu dan mindanya.

Ada ramai rakyat Malaysia, misalnya, sanggup membeli telefon bimbit berharga RM3,000 sebuah, tetapi mereka tidak akan sekali-kali berbelanja RM1,000 setahun untuk buku-buku walaupun ia diberi pengecualian cukai oleh kerajaan. Itulah nasib buku.

Di Amerika Syarikat beberapa hari lalu, industri buku yang suram, yang margin keuntungannya kian kecil, akhirnya memasuki terowong bisnes yang semakin malap dan gelap.

Borders, sebuah rangkaian kedai buku global yang mempunyai 642 buah kedai di Amerika Syarikat sahaja, telah memfailkan notis perlindungan kebankrapan kerana tidak sanggup lagi menanggung hutangnya yang dilaporkan berjumlah AS$1.29 bilion (RM3.87 bilion).

Pada tahun 2009, bisnes Borders yang menjual buku-buku bahasa Inggeris sudah pun menghadapi masalah di United Kingdom, dan selepas dua tahun, krisis itu kini berjangkit ke Amerika Syarikat dan rangkaian Borders di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada cara untuk memperoleh dana bagi membayar hutangnya, kedai-kedai buku Borders mulai semalam mula mengadakan jualan menghabiskan stok yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus.

Hutang syarikat itu kepada para pengedar dan penerbit buku yang belum berbayar dianggarkan AS$180 juta (RM540 juta). Jika hutang itu tidak dilangsaikan, para pengedar dan penerbit pula mungkin gulung tikar.

Dunia ilmu dan penyebaran pemikiran sedang berhadapan dengan tekanan hebat daripada keruntuhan bisnes buku seperti yang sedang dilalui oleh Borders. Bisnes ilmu berada dalam krisis. Perlakuan pengguna sudah berubah. Tidak lagi seperti masa lalu, membaca bukan lagi dianggap perlakuan insan-insan yang berjaya.

Antara membeli satu kontena buku berharga RM3 juta dan membina rumah percutian bernilai RM3 juta di tanah tinggi, banyak orang akan memilih simbol kekayaan yang kedua.

Memburukkan lagi keadaan ialah trend baru berkaitan teknologi. Mengikut indeks kajian kesetiaan pengguna antarabangsa, divisyen buku elektronik Kindle yang dipelopori oleh Amazon.com kini memasarkan enam judul buku elektronik bagi setiap sepuluh buah buku fizikal yang dijual oleh gedung beli-belah Internet itu.

Ingatkah kita kepada apa yang berlaku dalam bisnes muzik apabila YouTube dan MP4 menewaskan CD, kaset dan katrij yang suatu ketika dulu pernah menghancurkan era piring hitam?

Tanpa sedar, buku yang menjadi sumber ilmu juga menjadi mangsa kepada pembaharuan teknologi. Lakulah sesuatu sebelum ia dikuburkan.

Wednesday, May 11, 2011

HappY Mommy Day..!!


Happy Mother Day...especially to my mom and mom-in-law. Tiada apa yang mampu diluahkan...hanya ucapan ikhlas penuh kasih sayang yang dapat Che Daisy berikan.

Mak..terima kasih kerana mu..lahir kami ke dunia.
Mak..terima kasih kerana penat lelah mu mendidik..kami menjadi orang yang berguna.
Mak..terima kasih kerana kesabaran mu..menjadikan kami lebih dewasa.
Mak..terima kasih kerana kasih sayang mu..kami sentiasa gembira.
Mak..terima kasih kerana mu..ku telah temui suami ku tercinta.

Terima kasih Mak..We LOvE YoU..so much..:)

Sunday, December 26, 2010

Lama Tak jumpa..!!!

Haiii..halooo..lamanya kita tak jumpa kan. Rasa lama benor Che Daisy tak menulis dalam blog sendiri. Al-maklumla busy skit lately. Tapi tak pe..insyaallah, ni dah ada masa terluang skit..Che Daisy akan cuba masukkan apa saja input yang boleh kita kongsi bersama2.

Keep on following my blog yaa...till then..tuddduluuu..HOHOHO..!!!

Saturday, November 6, 2010

CONGRATULATION to the Answer Man..!!



Congratulation Boss..!!! Che Daisy and warga kerja hanya boleh tumpang bangga and gembira dengan apa yang boss ada sekarang.
Bangunan yang gah..besar..boleh dikatakan hebat untuk segala penat lelah usaha gigih selama hampir 40 tahun. Start from ZERO..to become HERO..:D
So..20.10.2010 menjadi detik penentuan dan permulaan bagi UNIPAC untuk melangkah dengan lebih jauh..lebih gah..lebih dinamik dalam industri automotive engineering.

Sambutan memang gemilang. Dengan percikan bunga api..persembahan nyanyian yang memukau dan menghiburkan, tetamu disambut penuh keramahan dan hidangan makanan yang lazat menunjukkan kesungguhan dan ucapan terima kasih boss kepada semua para customer yang selama ini banyak menyokong UNIPAC untuk terus berdiri teguh dan gah di dalam industri ini. Ini juga merupakan satu pelaburan yang dilakukan oleh boss agar meyakinkan lagi customer (tetamu) yang hadir bahawa UNIPAC merupakan satu brand that can be trust for the rest their life. No doubt in dealing with UNIPAC. Not only just a biz relation, UNIPAC also will be your sincere and most good friend..:D fuuhh..habis dah ayat Che Daisy..hehehhe..

Tapi di sebalik kemeriahan event malam tu...ada juga cacat celanya. Biasa lah..mana ada yang perfect. Guest memang ramai..tapi tak ler seramai yang di jangkakan. Makanan kata cukup untuk staff yang bertugas..tapi bila time staff nak makan...aaitt..dah bungkus semua. Sempat lah jugak kami menjamah mee rebus ngan char kew tiaw..itu pun tinggal saki baki nyee saja. Memang ler staff dah di beri makan sebelum event start..untuk bagi energy masa bertugas. Tapi bila dah tengok kambing golek, udang bakar...kira yang best2..terliur jugak. Nak jugak merasa. Boss kata boleh makan..tak de masalah. Time nak makan..'elek'..habissh. Ada juga staff yang berperangai kureng skit..langsung tak ingat member yang belom makan...dok busy tapau melampau2..ish3..pelahap benor. Goody bag...tak semua staff dapat..apa le salahnyee bagi kat semua..depa pun sebenarnyaa bukan apa..cuma nak beg n memo pad tu aje. Siap sapa yang amik lebih2 tu..tak kira lah goody bag kaa..makanan kaa..tgk cctv..after event dapat ler warning letter...HR bagi. Alahai..bagilah ler muka skit kat depa ni. Kalo tak de depa ni..majlis tu tak kan jalan dengan lancar..tunggang langgang jadinya nanti. Nak harapkan manager2 yang lain..depa dok layan tetamu masing..keja2 yang leceh,remeh temeh ni..pass kat staff bawahan. Itu pun nak kira sangat kaa..? aiseh..macam2..:D

Apapun..complain labih2 tak guna. Keadaan tetap sama...warning letter, perasaan tak puas hati still ada. Janji..event dah selesai..tinggal untuk AGM URC..Che Daisy dah tak sabor nak letak jawatan ni. Cuma tinggal set date bila nak buat..tu pun ada orang dok kacau..macam2. Kalo dah GK tu..tetap GK..:D maaf ler yek..sapa2 terasa..kita cuma cakap direct from our heart.

Anyway..wish to all UNIPAC staff a very good year for the next 2011. Harap2 bonus tahun ni labih skit yaa bosss..!!

Friday, October 15, 2010

Pengorbanan Terbesar...



Sayu je bila dengar lagu allahyarham Sudirman Hj Arshad ni. Emmm...suddenly teringat plak Che Daisy dengan mak ayah dikampung. Rasa rindu plak dengan mereka. Bukan apa...bagi Che Daisy dan anak2 yang dok jauh dari mereka..sekali sekala dapat balik ke kampung. Masing2 busy dengan kerja..tapi ia bukanlah batu penghalang bagi kami untuk tidak bertanya khabar mereka selalu. Sekarang pun zaman dah canggih..macam2 ada..internet...3G pilih je mana satu method untuk menghubungi mereka. Janji kita tak terlepas tahu apa situasi mereka setiap masa.

Mak & Ayah adalah tunjang utama kami sekeluarga. Pengorbanan mereka tidak terkira dan terlalu besar. Mereka tak pernah rasa jemu atau bosan menjaga kami. 5 orang sudah cukup dengan pelbagai karenah yang perlu mereka hadapi. Setiap anak mempunyai karektor yang tersendiri..masalah tersendiri. Tapi Mak & Ayah tak pernah mengeluh atau kesal dengan setiap yang terjadi pada diri anak2. Mereka tak pernah membuang kami. Malah jika ada selagi terdaya kudrat mereka, bantuan akan tiba jika kami memerlukan. Kata mereka...setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan setiap kami mempunyai rezeki masing2 dan kena bersabar. Menitis air mata kami..

Tapi kita sebagai anak2...kekadang ada yang mengambil kesempatan atas kebaikan mereka. Muncul bila time susah..dah senang..bayang pun tak nampak. Bagi yang dah kawin..ada kalanya terlalu ikut kata pasangan masing2. Melebihkan pasangan dari mak & ayah sendiri..sampai mak ayah kecil hati dengan tindakan anak2. Ada kes yang sampai buang mak ayah..letak ler mereka di rumah orang tua..isshh..minta jauh kan laaa dari diri che daisy dan adik2.

Ntahlah...masing2 ada alasan tersendiri.. Apa pun..atas apa jua kesalahan yang kita lakukan, keinsafan harus timbul. Tak kira lah..mak & ayah sendiri atau keluarga mertua, anggaplah sebagai keluarga sendiri. Jangan esok lusa bila mereka sudah meninggalkn kita..time tu plak kita terhegeh2 sedih dan menyesal dengan apa segala perbuatan. Hargai lah sementara mereka ada...jangan di sebut2 bila mereka 'pergi'. Hanya doa anak2 soleh menjadi bekalan sampingan mereka di akhirat kelak. Adik2 ku...tanpa Mak & Ayah..siapalah kita di dunia ni.

P/s : Mak & Ayah..I luv U...We Luv U..